Assalamualaikum
Sudah lama membiarkan blog berdebu dan bersesawang,akhirnya diberi ALLAH masa yang lapang untuk aku update.
aku sering tertanya-tanya apakah yang aku mahukan dalam hidup ini? sudah puas ku terokai .itulah yang aku assume tapi sebenarnya aku tidak bersungguh-sungguh lagi mencari apa yang aku inginkan.
Lagi-lagi minggu depan ialah interview untuk pilih course bagi Allied Health Sc. Aku masih ragu-ragu walaupun sudah istikarah berkali-kali. Competition memang sengit. Tapi aku percaya rezki ALLAH yg tentukan bukan manusia.
ALLAH beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahu.Aku akan berusaha sedaya upaya dalam
mencapai redha ALLAH.
Bukan rumah besar aku perlukan,bukan kereta ferrari aku mahukan,bukan lelaki kacak aku inginkan. tapi dunia yang memandu aku ke akhirat yang excellent.
Bersabar menunggu hari interview itu. Minggu depan merupakan minggu yang padat. Presentation,kuiz bio n physics,interview dan kerja-kerja tertangguh.
Moga ALLAH kuatkan diri ini.
positifkan diri! Pasti boleh!
No comments:
Post a Comment