Assalamualaikum.
Lagi beberapa bulan aku akan kembali ke UIAM p.j. Meneruskan pengajian sem terakhir sebelum masuk ke main campus. Di sana cabarannya lebih besar bakal menunggu.
Seringkali aku tertanya-tanya adakah orang yang gagal akan selamanya gagal? Tiadakah kejayaan baginya? Ada. Setiap manusia diberi peluang yang sama rata.Bergantung kepada individu tersebut,jika mudah mengalah akhirnya diri sendiri yang tersungkur.
Pertemuan aku dengan sahabatku sudah lama ketika di sekolah lagi.Tapi kami hanya rapat bila sama2 melanjutkan pengajian di cfsiium. Sungguh tak sangka . Orang yang aku kurang suka dan beri perhatian telah menjadi sahabat baikku.Sungguh indah hari2 di cfsiium bersamanya.
Aku mengenalinya melalui sahabat baikku yg berada di mesir sekarang.Aneh dan ajaibnya pertemuan yang telah Allah aturkan.
Panjang rasanya jika ingin diolah mengenainya.
Sem depan beliau akn ke gombak melanjutkan pengajian dalam bidang law. Insyallah beliau bakal seorang politician mukminah seperti Allahyarhamah Dr.Lo'lo.
Temanku,walau dimana saja kau berada ingatlah Allah s.w.t sahaja yg akan selalu bersama mu. Aku tidak akan kekal,esok lusa mungkin hariku untuk bertemu Yang Esa. Walau singkat kehadiranmu dalam hidupku ,kau tetap istimewa. Jangan sesekali ingkar kata2 mama dan ayahmu. Sabarlah dengan kerenah mereka.Kadangkala kesabaranku sering menipis.Ingin saja diri ini memberontak.Sifat degilku memang diakui oleh ahli keluargaku. Pernah sekali aku membuat ibuku menangis kerana tingkahlaku ku. Jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan sesekali sakiti mereka. jangan jadi sepertiku .
Sahabat,
nasihat dan pesanan akan ku jadikan panduan.Hatimu yang tulus dalam berdakwah membuatkan ku terpesona.Keprihatinan mu membuatkan ku terkedu.Subhanallah.
Sahabatku,
jangan hanyut dalam cinta dunia ini yang hanya semntara. Jangan khuatir,akan ku sedaya upaya memperbaiki diri ini. Bilamana aku menangis kerana result kau ada bersma ku. Bilamana keyakinan ku terhadap Allah tergugat kau hadir memberi peneguhan.
Sahabat,
Aku tahu dirimu berduka tika ini. Tiada duka yg abadi di dunia,tiada sepi merantaimu selamanya.Sinar kebahagian pasti tiba.
Sahabat,
Law atau farmasi,medic atau dentist.allied health atau nursing,itu hanya pilihan dunia semata2.Jangan putus asa walaupun ia bukan pilihanmu.
Terima kasih atas segala galanya. Ku berdoa kepada Allah agar dirimu sentiasa di bawah naungan Allah dan diredhai selalu. Ya Allah ,rahmati sahabat-sahabatku yg aku kasihi.
perpisahan pahit tapi ukhuwah itu manis.
No comments:
Post a Comment