Friday, 16 December 2011

Castle Bravo

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku menonton satu rancangan tv di Discovery Channel, "Destroy in second".
Salah satu yang menarik hatiku ialah berkenaan dengan Castle Bravo.
Apakah ini?
Castle Bravo ialah nama yang diberikan oleh saintis Amerika kepada bom  atom
yang dicipta.
Kekuatannya 5 kali ganda kekuatan kemusnahan bom atom yg
dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki.
Bom nuklear tersebut di uji di Pulau Marshall..

Jika kekuatan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki sudah 
cukup teruk kesannya bagaimana pula dengan kekuatan yang bersamaan dengan 15 megaton ini?
Sebelum diuji saintis-saintis Amerika tidak menjangkakan ia akan
melipatgandakan lagi letupannya sehingga memusnahkan seluruh Pulau Marshall.
Kejam kan? Memang kejam.
Bayangkan tumbuh-tumbuhan,haiwan,manusia dan makhluk2 lain.

Kerakusan manusia untuk mengejar kemajuan dalam teknologi ketenteraan
akhirnya memakan diri sendiri.

Castle Bravo

Test:Bravo
Time:18:45:00.0 28 February 1954 (GMT)
06:45:00.0 1 March 1954 (local)
Location:Artificial island on reef 2950 ft off Nam ("Charlie") Island, Bikini Atoll
Test Height and Type:Surface burst (7 feet above surface)
Yield:15 Mt                                                                                                                             

perbuatan mereka telah menyebabkan orang lain

menderita. Itulah manusia. Hakikatnya kita amat tamak.Lalu
Allah s.w.t menurunkan bala atas perbuatan kita sendiri.

(Dan sebagai buktinya): Tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun samada di langit atau di bumi; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.




Pengajarannya apapun yang kita kejarkan,jika membawa kemusnahan akhirnya
perkara tersebut sendri akan menjatuhkan kita.

Ingatlah kita hamba Allah yang kerdil lagi hina.Jangan sombong
dengan apa yg kita miliki.


Ada masa tengoklah video bom nuklear ni.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment